Sabtu, 05 Maret 2011

Penyanyi Gravity, Isa Jadi Pemandu Teksi

MONDAY, MARCH 29, 2010

-
Terkejut baca berita kat Utusan hari ni. Penyanyi kumpulan Gravity yang popular tahun 90-an dulu iaitu Isa kini menjadi pemandu teksi.

Jika anda masih ingat, Gravity pernah popular dengan lagu Kesinambungan Cinta dan beberapa minggu berada dalam carta Muzik-muzik 97 kut. Masa tu penyanyinye adalah Isa dengan imej rambut kerinting.


Namun masa berlalu, Isa Gravity atau nama sebenarnya, Isa Hamzah menjadi penyanyi kumpulan yang dianggotai oleh Allahyarham Ahmad Abdullah (dram), Daud Yusof (gitar Utama) dan Muhammad Hassan (gitar bass).

Kini, Isa yang pernah hidup glamor sebagai penyanyi bersama kumpulannya sudah beralih arah ke bidang lain.

Dunia glamor sudah tidak bererti lagi bagi Isa kerana yang penting baginya mencari rezeki untuk isteri, Norhairani Hassan,32, dan dua anak mereka; Mohd. Izzuddin,9, dan Nur Hidayah,6.

"Saya tak kisah apabila ada yang menaiki teksi saya bertanya nama dan mahu saya menyanyikan lagu itu," katanya memulakan perbualan.

Apa lagi menyedari permintaan penumpangnya ikhlas, Isa menyanyikan sebaris dua lagu itu bagi memuaskan hati dan meyakinkan mereka.

Isa juga pernah tergamam seketika apabila ada penumpang yang bertanya apakah dia malu daripada seorang penyanyi menjadi pemandu teksi.

"Bagi saya tiada apa yang harus dimalukan kerana saya tidak melakukan jenayah, sekadar mencari rezeki yang halal dengan menggunakan tulang empat kerat.

"Biarpun kadangkala terlalu penat kerana bekerja selama 12 jam mulai 10 pagi, tetapi saya bersyukur kerana mampu menyara keluarga hasil dari titik peluh sendiri," kata Isa dalam satu pertemuan dengan Hits baru-baru ini.


"Bermula tahun 2000 sehinggalah sekarang, saya memandu teksi. Walaupun pendapatannya tidak lumayan, tetapi saya seronok dan bersyukur sangat kerana bekerja sendiri tidak ada sesiapa yang memerintah.

"Apa yang penting, kita mesti rajin, jujur dan ikhlas. Sebagai pemandu teksi saya tidak pernah merasa malu walaupun dulu saya dikenali sebagai penyanyi," akui Isa mengenai tugas sebagai pemandu teksi.

Ditanya mengenai rakan-rakannya yang lain, kata Isa:

"Daud kini jadi imam di sebuah masjid di Kuala Lumpur, Muhammad menjadi petugas kakitangan pencegah maksiat di Segamat. Tetapi seorang anggota Gravity, Ahmad Abdullah telah meninggal dunia tiga tahun lalu dalam usia 42 tahun kerana sakit jantung."

sumber : Utusan Online


Read more: http://jomss.blogspot.com/2010/03/penyanyi-gravity-isa-jadi-pemandu-teksi.html#ixzz1FiHMmAUN

0 Komentar:

Posting Komentar

Berlangganan Posting Komentar [Atom]

<< Beranda